Selasa, 10 Mei 2011

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Antara cara - cara untuk mengatasi krisis pencemaran air ini ialah dengan :
             
1. Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah Yang Dirawat
        
~ Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
   
2. Pemasangan Perangkap Sampah

        
~ Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
  
3Penyelenggaraan Sistem Perparitan Berkala
        
~ Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
    
4. Kempen kesedaran melalui iklan TV
   
                                      

~ Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap masa.

15 ulasan:

  1. meh kte same- follow blog sesame sendri.. http://john-komputer.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Thank you for da info...
    Moga air di negara kita selmt la...kita manusia memerlukan air untk hdp..

    BalasPadam
  3. ur welcome cik grrr ^_^....sy pun brhrp bgitu..klu air d negra kita tercemar, mmg sukar utk nk hidup. bukan itu shja, rutin hrian kita pun trut terjejas

    BalasPadam
  4. Post yg menarik :)....keep it up

    BalasPadam
  5. Fizam !!! aq pon nk amik nii HAHAHH

    BalasPadam
  6. excuse me anda sepatutnya hormat mereka dengan perkataan yang lebih teruk spt pundek ,saapi ,fuck ,dan etc

    BalasPadam
  7. Thanks ia amat berguna untuk nembuat folia sains!!!

    BalasPadam
  8. thanks !!!! brguna sgt2 untuk folio geo pt3 :)

    BalasPadam
  9. Malas nye nak buat folio 😢 anyway~thanks 4 the information! ^^ its do really~~~~~~ helping me ^^

    BalasPadam
  10. terima kasih, cikgu.Anak saya memang susah nk buat karangan BM tentang pencemaran air. Saya lagi lah x pandai. Bolehlah dia rujuk cikgu punya blok ni. Moga cikgu bagi anak saya menggunakan info-info diatas.

    BalasPadam